CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Thursday 29 December 2016

Senarai Tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Jawatankuasa

AA)    SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. Mukadimah

Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.  Dengan itu,  Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi penglibatan dan penyertaan murid serta guru dalam aktiviti kokurikulum bagi mencapai Wawasan 2020.

2. Bidang Tugas
·                     Menjalankan tugas-tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaan Pengetua/Guru Besar,
Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Penolong Kanan HEM.
·                     Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua/Guru Besar.
·                     Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan
kokurikulum termasuk sidang petang.
·                     Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
·                     Membantu Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah termasuk sidang petang.

3. Senarai Tugas Kokurikulum

a          Persatuan Dan Kelab

·                     Merancang kegiatan persatuan dan kelab
·                     Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
·                     Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
·                     Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

b          Pasukan Pakaian Seragam

·                     Merancang kegiatan pasukan pakaian seragam
·                     Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pasukan pakaian seragam
·                     Menyelia kegiatan pasukan pakaian seragam
·                     Menyelaras aktiviti-aktiviti pasukan pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

c          Kelab Sukan Dan Permainan

·                     Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan
·                     Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan
·                     Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan
·                     Menyelaras aktiviti-aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.

Pentadbiran

·                     Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut Peraturan (4)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21hb. Mei 1998.
·                     Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum sekolah
·                     Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum
·                     Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah diambil.
·                     Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.
·                     Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi
Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.
·                     Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (saperti Hari Kokurikulum Sekolah).
·                     Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan
tahap pencapaian.
·                     pengurusan alatan sukan sekolah            
·                     Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan dan dihantar sesalinan ke Pejabat
Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan Johor..
·                     Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan
kokurikulum.
·                     Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam  kegiatan kokurikulum dan
mengadakan latihan untuk mereka.
·                     Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad
·                     Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid selepas peperiksaan dan semasa cuti
sekolah.

Tugas-Tugas Lain

·                     Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar dari
masa ke semasa.
·                     Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua/Guru
Besar dari masa ke semasa.

  
B)    CARTA ORGANISASI

·                     Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah,  Pengetua/Guru Besar sebagai Penolong
Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki, mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah.Beberapa perkara perlu diambilkira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah.
-           Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli.
-           Kekerapan mengadakan mesyuarat.
-           Pembentukan jawatankuasa kecil.
-           Pelaporan berkala.
-           Dokumentasi


Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

1. Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
·                     Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek).
·                     Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
·                     Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
·                     Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
·                     Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
·                     Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
daerah/negeri/kebangsaan.
·                     Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
·                     Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan
Kokurikulum dan kegiatan lain.
·                     Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
·                     Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
·                     Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan
digunakan.
·                     Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan
prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
·                     Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

2. Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum

·                     Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.
·                     Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.
·                     Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum
·                     Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan
berkesan.
·                     Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
·                     Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
·                     Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
·                     Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
·                     Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha
kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit.
·                     Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf
kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

3. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum

·                     Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
·                     Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan
dan penilaian pelajar.
·                     Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan
beruniform dan sukan/permainan.
·                     Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
·                     Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
·                     Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
·                     Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan
latihan dengan mereka.

4. Tanggungjawab Setiausaha Sukan

·                     Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
·                     Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.
·                     Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
·                     Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
·                     Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
·                     Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
·                     Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
·                     Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
·                     Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
·                     Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk
edaran, rujukan dan rekod.
·                     Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan
sukan sekolah.
·                     Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod
Pencapaian Sukan Sekolah.
·                     Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

5. Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform

·                     Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
·                     Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
·                     Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
·                     Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
·                     Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
·                     Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
·                     Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk
diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum.
·                     Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
-           Borang penyertaan persatuan
-           Borang senarai AJK dan ahli
-           Buku laporan aktiviti
·                     Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.
·                     Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

6. Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin

·                     Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
·                     Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
·                     Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
·                     Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
·                     Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
·                     Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
·                     Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab
Persatuan dan Sukan/Permainan.
·                     Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
·                     Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
·                     Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan.
·                     Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
·                     Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam
lawatan atau projek yang dijalankan.
·                     Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
·                     Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
·                     Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
·                     Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
·                     Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
·                     Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.
·                     Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
·                     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

7. Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan

·                     Membentuk jawatankuasa.
·                     Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
·                     Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
·                     Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
·                     Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
·                     Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
·                     Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
·                     Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
·                     Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
·                     Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
·                      Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
·                     Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.
·                     Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
·                     Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan.
·                     Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil
daerah/negeri dan negara)
·                     Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, kebudayaan & Sukan;
Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.

Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP