CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Friday 27 May 2016

Mesyuarat Ko-kurikulum & HEM kali ke 2/2016

Mesyuarat Ko-kurikulum & HEM kali ke 2/2016
Tarikh : 22.05.2016
Hari : Ahad
Masa : 1.45
Tempat : Bilik Meyuarat Lestari SKPT.





Read more...

Wednesday 18 May 2016

Video Persembahan Silat Hari Guru 2016



Persembahan Silat Hari Guru ini dipersembahkan oleh Cikgu Mohamed Faisal (PK Koku) & Cikgu Nor Azmi (Guru Disiplin). Persembahan Silat ini adalah sebahagian dari persembahan oleh Guru-guru SK Padang Terap sempena Sambutan Hari Guru 2016. Persembahan tahun ini hampir kesemua guru terlibat dalam persembahan. Terima kasih & Syabas kepada seluruh warga SKPT atas kerjasama & Komitmen dalam mengamatkan persembahan Hari Guru 2016.

Read more...

Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016

Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016 telah dijayakan dengan meriahnya pada 16 Mei 2016. Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan seluruh warga SKPT yang memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam membangkitkan kemeriahan sambutan Hari Guru 2016 SKPT.






Aktiviti Sambutan Hari Guru 2016 :-
- Aktiviti Sukaneka
- Bacaan Perutusan KPPM  & Menteri Pendidikan
- Ucapan Wakil Murid
- Ucapan Wakil PIBG
- Ikrar Hari Guru & Nyanyian Hari Guru & Lagu Tema
- REHAT
- Persembahan Murid
- Persembahan Guru
- Penyampaian Hadiah Sukaneka, Hadiah Hari Guru & Cabutan Bertuah.
- Jamuan Hari Guru 2016



Read more...

Nuraznain Shiroh JOHAN Story Telling (Tahap 2) Pertandingan Ko-akademik Peringkat Daerah Padang Terap 2016


Tahniah buat Nuraznain Shiroh binti Mohd Noor (Tahun 6 Setia) kerana telah muncul Johan Story Telling (Tahap 2) Pertandingan Ko-akademik Peringkat Daerah Padang Terap 2016. Pertandingan diadakan pada 18 Mei 2016 (Rabu) bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang.
Tahniah buat Teacher Norlida & Guru-guru yang terlibat, semoga SK Padang Terap terus cemerlang.

 

Read more...

Aktiviti Badan Beruniform & Kelab Persatuan (18 Mei 2016)

Aktiviti Badan Beruniform & Kelab Persatuan dijalankan seperti dirancang pada 18 Mei 2016 (Rabu).
Masa Aktiviti Ko-kurikulum :
2.00 ptg - 3.00 ptg : Badan Beruniform
3.00 ptg - 4.00 ptg : Kelab Persatuan






Read more...

Sunday 15 May 2016

Aktiviti Sukan Permainan & !Murid 1Sukan - 12 Mei 2016

Aktiviti Ko-kurikulum iaitu Sukan Permainan & 1Murid 1Sukan diadakan pada 12 Mei 2016 jam 5.00 ptg - 6.00 ptg.






Read more...

Thursday 12 May 2016

Nur Arisya Afza JOHAN Bercerita Sekolah Rendah Tahap 1, Peringkat Daerah Padang Terap 2016.


Tahniah buat Nur Arisya Afza binti Dzulkefli yang telah muncul Johan Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap 1, Peringkat Daerah Padang Terap 2016. Pertandingan tersebut diadakan pada 11 Mac 2016 bertempat di SK Kurong Hitam. Tahniah juga buat Jurulatih Pn Fazilah & Pn. Suzana serta guru-guru yang terlibat. Pihak Sekolah harap persembahan dapat dipertingkatkan lagi bagi mewakili Daerah Padang Terap ke peringkat Negeri nanti.

Read more...

Monday 9 May 2016

Borang R01 dan Borang R02

BORANG R01 (Borang Pendaftaran Pemain)

Panduan Mengisi Borang R01 dan MO1

1. Maklumat atlet

Pastikan bahagian-bahagian di bawah ini dilengkapisi:

1.1 No.Daftar Pelajar: Nombor daftar pelajar di sekolah, BUKAN kod sekolah.
1.2 Tarikh Daftar di sekolah: Tarikh lapor di sekolah.
1.3 Angka Giliran UPSR/PMR/SPM/STPM bagi pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun ini.

2. Akuan Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan

2.1 Pegawai yang menandatangani bahagian ini perlu turunkan Cop Jawatan  pegawai  (Cop yang menunjukkan Nama, Jawatan pegawai dan nama sekolah).

3. Atlet Sekolah Rendah

3.1 2 salinan Borang RO1 diperlukan. 1 salinan untuk pertandingan dan 1 salinan untuk perjalanan (Pemeriksaan Imigresen).

3.2 2 salinan Sijil Lahir atlet perlu disahkan oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan sekolah sendiri sahaja.  Pengesahan oleh pegawai lain dan Guru Besar sekolah lain TIDAK dapat diterima oleh Urus Setia Kejohanan.


BORANG R02 (Borang Pendaftaran Pasukan)

DOWNLOAD BORANG :-
1. BORANG R01
2. BORANG R02

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP