CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Monday 7 November 2016

5 Kepentingan Memanaskan Badan


Tahukah anda bahawa pentingnya memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti anda.

Senaman penting untuk kita. Bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah membentuk penampilan diri yang lebih menarik serta memperoleh bentuk tubuh badan yang diidamkan. Skop senaman yang luas juga menjadikan ia bebas buat sesiapa sahaja yang ingin melakukan senaman yang disukai.

Namun, antara perkara penting sebelum anda memulakan apa jua jenis senaman ialah senaman memanaskan badan ataupun ‘warm up’. Diperakui ramai yang memandang enteng senaman ini. Bahkan, ada yang mengabaikan senaman memanaskan badan sebelum melakukannya.

Mungkin salah satu puncanya, senaman ini tidak berkapasiti tinggi dan hanya memakan masa yang sedikit. Namun, dengan meluangkan sedikit masa sebenarnya dapat memberi pelbagai faedah dan kebaikan kepada sesiapa yang mengamalkannya.

Antara kepentingan dan manfaat melakukan sesi senaman memanaskan badan ialah:

1.     Elakkan Kecederaan

Faktor utama kepentingan senaman memanaskan badan ini ialah untuk mengelak diri daripada kecederaan. Tubuh badan kita umpama seperti enjin kenderaan juga, memerlukan masa untuk memanaskan enjinnnya bagi  perjalanan jarak jauh.

Begitu juga pada badan anda. Anda hendaklah memanaskan badan untuk memastikan badan anda dapat bertahan lebih lama dan mengelak kecederaan ringan atau serius seperti kecederaan ACL.

2.     Elakkan Kekejangan Otot

Selain itu, kepentingan utama melakukan senaman memanaskan badan ialah untuk mengelakkan kekejangan otot, terutama pada bahagian kaki dan ‘hamstring’. Senaman pemanas badan penting untuk memberi isyarat kepada badan yang anda akan memulakan senaman.

Senaman memanaskan badan juga membantu membuatkan darah anda mengalir ke otot dengan lebih baik. Kepentingan darah ialah ia akan mengalirkan elektrolit, nutrien dan oksigen di dalam badan kita. Jika kekurangan oksigen dan elektolit pada otot di badan kita akan mengakibatkan kekejangan otot atau ‘hamstring’.

# Pastikan juga anda mengambil air secukupnya sebelum memulakan senaman untuk mengelakkan kekejangan otot.

3.     Membuatkan Anda Lebih Fokus

Mungkin apabila anda sedang bersenam, kadangkala pasti fikiran anda terganggu dek kerana memikirkan permasalahan yang dihadapi. Ini membuatkan anda hilang fokus dan mungkin memberikan kesan yang berbahaya. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang atlet.

Senaman memanaskan badan dapat membuatkan mental anda menjadi lebih tenang sekaligus membantu anda agar sentiasa  fokus dengan kerja yang dilakukan.

4.     Mengawal Kadar Denyutan Jantung

Seperti yang dinyatakan di atas, senaman memanaskan badan penting kerana ia akan memberikan isyarat kepada badan anda untuk bersedia memulakan senaman.

Apabila badan sudah menerima isyarat untuk memulakan senaman, jantung juga akan berada dalam keadaan ‘bersedia’ untuk mengubah kadar denyutan jantung apabila bersenam. Ia akan mengelakkan tekanan jantung yang kuat serta mengakibatkan serangan jantung apabila bersukan.

5.     Meningkatkan Prestasi dan Keupayaan Badan

Jangan terkejut senaman memanaskan badan juga mampu meningkatkan prestasi dan keupayaan badan anda ketika bersukan. Apabila melakukan senaman memanaskan badan, ia dapat membantu pergerakan darah ke seluruh otot pada badan anda.

Apabila darah sudah mengalir di dalam badan anda, ia akan memberikan tenaga kepada badan untuk terus bergerak dan berupaya melakukan senaman yang dilakukan.

Jelas, terdapat banyak manfaat yang bakal anda peroleh apabila mencuri sedikit masa melakukan senaman memanaskan badan. Biar pun sekejap,  namun pelbagai manfaat yang bakal anda peroleh. Jadikan senaman sebagai salah satu gaya hidup sihat  untuk memastikan kesihatan anda kekal terjamin

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP