CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Sunday 27 March 2016

Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.

T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan


P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas

Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri. 

Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Persetiaan Pandu Puteri Tunas 

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,

Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.


Undang-Undang Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. 
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja. 


Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.


Kumpulan Pandu Puteri Tunas

Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.

Melur Melur taat dan setia
Berusaha setiap masa
Siantan Siantan datang berkawan
Berani macam pahlawan
Teratai Teratai nama kami
Bekerja setiap hari
Kesidang Kami Kesidang datang
Menolong pagi petang
Cempaka Cempaka bersuka ria
Menolong orang duka
Kenanga Kami bernama Kenanga
Berjasa bertenaga


Read more...

Saturday 26 March 2016

1Murid 1Sukan


Apa itu dasar 1Murid 1Sukan?

i. Dasar 1Murid 1Sekolah mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
ii.    Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Kenapa dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan?

i.    Dasar ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
ii.    Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah
iii.    Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.


Apakah objektif dasar 1Murid 1Sukan ini?

i.    Meningkatkan kecergasan jasmani.
ii.    Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni.
iii.    Memupuk perpaduan di antara kaum.
iv.    Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.
v.    Memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan berasaskan learning through play.
vi.    Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
vii.    Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Apakah matlamat dasar 1Murid 1Sukan ini?

Matlamat dasar ini merupakan inisiatif yang akan membolehkan murid mencapai, menggunakan dan menyebarkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang diperolehi mereka bagi kegunaan sepanjang hayat.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan dasar 1Murid 1Sukan ini?

i.    Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
ii.    Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah.
iii.    Sukan yang ditawarkan di bawah 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal
iv.    Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
v.    Asas kepada dasar ini adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini.
vi.    Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
vii.    Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
viii.    Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

Siapakah yang harus terlibat di dalam pelaksanaan dasar 1Murid 1Sekolah ini?

i.    Dasar ini adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
ii.    Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1Murid 1Sukan.


Read more...

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)


SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur. 


SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.


PENGERTIAN LOGO

- Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
- Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai   padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
- Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
- Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
- Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
- Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia
- Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


 LAGU KRS

Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.

Klik : Download Lagu KRS

BENDERA KRS


Warna Hijau melambangkan

Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
Laluan hidup yang jelas untuk masa  depan.
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS

COGAN KATA KRS

’ ILMU IMAN AMAL’
                   
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

ELEMEN KURIKULUM KRS / TKRS



Read more...

Wednesday 23 March 2016

PERLEMBAGAAN & PERATURAN PERSATUAN / KELAB

DRAF  PERLEMBAGAAN PERSATUAN DAN  PERATURAN – PERATURAN  PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5 {(1)(a)} dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) (Nama Pertubuhan dan alamat) yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

PERATURAN  1 : NAMA DAN ALAMAT
A.      Nama Persatuan:  Kelab  Bolasepak  Sekolah  Kebangsaan Padang Terap
B.      Alamat: Sekolah Kebangsaan padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah

PERATURAN  2 : MATLAMAT
2.1                Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

PERATURAN  3 : OBJEKTIF
3.1          Supaya ahli dapat menganggotai  persatuan ini dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu berkaitan dan dapat memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2          Ahli-ahli persatuan akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan dan pertandingan-pertandingan yang diikutinya.

PERATURAN  4 : KEAHLIAN
4.1                Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2                Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3                 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN  5 : GURU PENASIHAT
5.1                Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2                Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3                Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN  6 : AHLI JAWATANKUASA
6.1                Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2                Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli   yang tidak  dapat  hadir  tetapi  menulis   surat  tunjuk  sebab  layak  dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3                Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4                Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5                Ahli Jawatankuasa yang  hendak   meletakkan   jawatan   hendaklah menghantar surat  perletakan  jawatan   kepada  Guru Penasihat.
6.6                Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1           Pengerusi
6.6.2           Timbalan Pengerusi
6.6.3           Naib Pengerusi
6.6.4           Setiausaha
6.6.5           Penolong Setiausaha
6.6.6           Bendahari
6.6.7           Penolong Bendahari
6.6.8           Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
6.6.9           Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

PERATURAN 7  : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1    Pengerusi
7.1.1           Mempengerusikan  semua  mesyuarat  dan  bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2           Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3           Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.2    Timbalan  Pengerusi
7.2.1           Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi dan boleh membuat keputusan jika perlu.
7.2.2           Memangku tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3           Mempengerusikan mesyuarat  semasa  ketiadaan pengerusi.
7.2.4           Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.3    Naib Pengerusi
7.3.1           Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
7.3.2           Mempengurusikan   mesyuarat  semasa  ketiadaan pengerusi.
7.3.3           Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.4    Setiausaha
7.4.1           Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.4.2           Mencatat   dan   menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.4.3           Mencatat kehadiran ahli
7.4.4           Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.4.5           Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.5    Penolong Setiausaha
7.5.1           Membantu   setiausaha  dalam  menjalankan  segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.5.2           Menjalankan     tugas     Setiausaha     sewaktu   ketiadaan Setiausaha.
7.5.3           menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.6    Bendahari
7.6.1           Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.6.2           Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.6.3           menyebdiakan Penyata    Kira-Kira   bulanan    dan tahunan serta menandatanganinya.
7.6.4           Melaporkan  kedudukan  kewangan  sekiranya  diminta   di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.6.5            Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.6.6           Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.7    Penolong Bendahari
7.7.1           Menjalankan  tugas-tugas  Bendahari   sewaktu  ketiadaan Bendahari.
7.7.2           Menjalankan  tugas-tugas  lain  yang diarahkan oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.8    Ahli Jawatankuasa
7.8.1           Membantu menjalankan tugas dalam segala  program  dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.8.2           Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.8.3           Menjalankan  tugas-tugas lain yang  diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa

7.9    Pemeriksa Kira-Kira
7.9.1           Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.9.2           Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN  8 : KEWANGAN
8.1                Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui   derma yang diputuskan  semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM .....................
8.2                Persatuan   juga   boleh   memperolehi    kewangan melalui aktiviti.
8.3                Ahli-ahli     yang     bersetuju     menyertai     aktiviti     yang memerlukan perbelanjaan  besar  boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4                Semua pungutan / penyimpanan   hendaklah disimpan dan dimaklumkan kepada pihak sekolah,  dan mendapat kebenaran Pengetua Cemerlang.

PERATURAN  9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN
9.1                Ahli  persatuan   dikehendaki   menghadiri   semua aktiviti  yang  dijalankan  oleh persatuan  sepanjang tahun.
9.2                Kegagalan   berbuat  demikian  sebanyak tiga kali berturut-turut  dikehendaki  menulis  surat  tunjuk  sebab.  Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian  kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
9.3                Semua murid hendaklah terlibat dalam akktiviti kokurikulum yang akan menentukan 10% markah kokurikulum ke IPTA.
9.4                Murid yang tidak dibenar oleh ibu bapa / penjaga melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum hendaklah melalui prosedur dan persetujuan untuk memberi markah E dalam 10% pemarkahan kokurikulum kepada mereka.
9.5                Bukti kehadiran dalam aktiviti kokurikulum bagi tujuan penilaian 10% adalah berdasarkan rekod kehadiran sama ada dalam buku log atau buku kehadiran aktiviti.
9.6                Jumlah kehadiran minima bagi setiap elemen dalam setahun ialah :
9.6.1           Badan Beruniform : 18 kali
9.6.2           Kelab / Persatuan : 12 Kali
9.6.3           Sukan Dan Permainan : 12 Kali
9.7    Setiap ahli hendaklah melengkapkan Borang Maklumat Kokurikulum yang dilampirkan salinan sijil-sijil yang diperolehi untuk pemarkahan 10% kokurikulum.
9.8    Borang Maklumat Kokurikulum hendaklah dikendalikan oleh Guru Penasihat dan diselia oleh Setiausaha Kokurikulum

PERATURAN  10 : AKTIVITI
10.1            Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2            Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada ahli.

PERATURAN  11  : PERATURAN-PERATURAN
11.1            Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2            Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3            Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN  12  : TINDAKAN DISIPLIN
12.1            Diambil  terhadap   ahli   yang   melanggar   perlembagaan persatuan  dan   tidak   mematuhi  peraturan  yang ditetapkan.
12.2            Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.3            Amaran lisan
12.4            Amaran bertulis
12.5            Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara  bertulis  dan  keputusan  Guru   Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN  13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1            Mana-mana   bahagian    dalam     perlembagaan   ini  sah sehingga  ia dipinda.
13.2            Cadangan  pindaan  perlembagaan  boleh dibuat oleh ahli, ahli    jawatankuasa,      Guru   Penasihat   atau   pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3            Satu  mesyuarat khas  yang  dihadiri  oleh  Guru Penasihat dan  Ahli Jawatankuasa  akan  membincangkan  cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4            Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua Cemerlang.

PERATURAN  14 : PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1            Pengetua  diberi  kuasa  untuk  membubarkan  persatuan  jika didapati      melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
14.2            Segala hutang wajib dijelaskan.   Baki  kewangan  diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN  15 : HAL-HAL LAIN
15.1            Setiap    ahli    perlu   mengetahui   tanggungjawab  sendiri  terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2             Ahli-ahli  hendaklah   sentiasa  peka dan mengikuti  aktiviti dengan penuh minat.

Read more...

Selamat Datang

Selamat Datang ke
Laman Blog Unit Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Padang Terap

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP