CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Sunday 31 July 2016

SK Naka muncul Johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun (Jemputan).

Pasukan SK Naka telah muncul Johan Kejohanan Bola Sepak Jemputan Bawah 11 anjuran Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, dengan kerjasama Unit Koku SKPT. SK Naka menewaskan SK Tandop besar melalui tendangan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat perlawanan.
Pasukan SK Naka muncul Johan Bola Sepak B11

  Pasukan SK Tandop Besar muncul Naib Johan Bola Sepak B11

 
Zool Mifzal Iman dari SK Tandop Besar muncul Penjaring Terbanyak



Read more...

Wednesday 27 July 2016

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK BAWAH 11 TAHUN MSSD PADANG TERAP 2016


TARIKH : 20 Ogos 2016 (Sabtu)

PADANG  :-
Kump A & C (Padang SK Tunku Abdul Rahman Putra)
Kump B & D (Padang SK Tandop Besar)

KUMPULAN A
A1 : SK Naka
A2 : SK Tunku Abdul Rahman Putra
A3 : SK Kurong Hitam
A4 : SK Toh Puan Sharifah Hanifah

KUMPULAN B
B1 : SK Tandop Besar
B2 : SK Lubuk Merbau
B3 : SK Kuala Nerang
B4 : SK Pedu

KUMPULAN C
C1 : SK Tualak
C2 : SK Padang Sanai
C3 : SK Panglima Awang
C4 : SK Lamdin

KUMPULAN D
D1 : SK Padang Terap
D2 : SK Bukit Tembaga
D3 : SK Nami
D4 : SK Kg Belukar

Yuran Pendaftaran RM50

Format Pertandingan :-
Bilangan Pemain : 7 Sepasukan + simpanan 3 orang = 10 Pemain
Masa : 7 Minit / Rehat (2 Min) / 7 minit (7/2/7)
* Johan & Naib Johan Kumpulan layak ke Suku Akhir
Hadiah :-
Johan = Piala Pusingan + Medals
Naib Johan, Ketiga = Medal

Read more...

Tuesday 26 July 2016

KEJOHANAN BOLA SEPAK B11 PADANG TERAP 2016 (JEMPUTAN).

Anjuran :-
Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, dengan kerjasama Unit Koku SKPT.

Tarikh :- 30 Julai 2016 (Sabtu)
Masa :- 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat :- Padang SKPT

KUMPULAN A
A1 : SK Padang Terap A
A2 : SK Tandop Besar
A3 : SK Kuala Nerang

KUMPULAN B
B1 : SK Padang Terap B
B2 : SK Naka
B3 : SK Tunku Abd Rahman Putra

HADIAH DITAWARKAN
- Johan : Piala Pusingan + Medals
- Naib Johan : Medals
- Pemain Terbaik
- Penjaring Terbanyak

* Seramai 24 Orang Murid SKPT dari Tahun 3, 4 & 5, terpilih mewakili sekolah.

Read more...

Saturday 23 July 2016

Pertandingan Catur MSSD Padang Terap 2016 : Nur Aina bt Kharuzaman mendapat tempat ke-5 kategori 12P.

Pertandingan Catur MSSD Padang Terap 2016 telah diadakan pada 23 Julai 2016 (Sabtu), bertempat di SABK Daril Iktisam. SK Padang Terap menghantar wakil 4 orang murid dari tahun 5 untuk menyertai pertandingan pada tahun ini. Nur Aina bt Kharuzaman telah mendapat tempat Kelima bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.

Senarai Murid yang terlibat dalam Pertandingan Catur
Nur Ammar Aiman bin Mohamad Zahir
Muhammad Syahmie Najwan bin Mohd. Najib
Nur Aina bt Kharuzaman
Nur Ain Athasya bt Alias


 Nur Aina bt Kharuzaman telah mendapat tempat Kelima bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.


Read more...

Friday 22 July 2016

Program Pembangunan Sukan Sekolah : Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring (B11) SKPT 2016

Satu Program Pembangunan Sukan Sekolah Kebangsaan Padang Terap telah diadakan, iaitu Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring Bawah 11. Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan semua murid melibatkan diri dalam sukan seterusnya mengenalpasti dan mencungkil bakat murid untuk diketengahkan bagi membentuk pasukan elit sekolah sebagai persediaaan untuk tahun 2017.

Program diadakan selama 2 hari iaitu pada 20 & 21 Julai 2016 (Rabu & Khamis) pada pkul 3.00 - 6.00 ptg. Program ini melibatkan murid tahun 4 & tahun 5 serta beberapa orang murid tahun 3 yang terpilih. Pertandingan ini disertai oleh 6 buah pasukan Bola Sepak & Bola Jaring, yang dijalankan secara liga kumpulan. 
 Pasukan Argentina muncul johan Pertandingan Bola Sepak (B11) SKPT 2016



Nama Pasukan Bola Sepak
Kumpulan A : Portugal, Brazil & Spain
Kumpulan B : Argentina, Jerman & Perancis

Nama Pasukan Bola Jaring
Kumpulan A : Seroja, Mawar & Sakura
Kumpulan B : Teratai, Raflesia & Orkid

Pasukan Orkid telah muncul Johan Bola Jaring (B11), manakala Pasukan Argentina muncul Johan Bola sepak (B11) setelah menjinakkan pasukan Jerman pada perlawanan akhir dengan keputusan 4-0.

Keputusan Penuh Pertandingan: 

BOLA SEPAK
Johan : Argentina
Naib Johan : Jerman
Tempat Ketiga : Portugal & Sepanyol
Pemain Paling Bernilai : Muhammad Azfar bin Abdul Kadir (5 Setia)
Penjaring Terbanyak : Muhammad Azfar bin Abdul Kadir (5 Setia)
Pengurus Terbaik : Cikgu Wan Zamri

BOLA JARING 
Johan : Pasukan Orkid
Naib Johan : Pasukan Teratai
Tempat Ketiga : Pasukan Mawar & Pasukan Sakura
Pemain Paling Bernilai : Nur Aina Khairuzaman (Tahun 5 Setia)
Penjaring Terbanyak : Ku Nurul Husna bt Ku Abdul Rahman (5 Setia)
Pengurus Terbaik : Ustazah Paudzah



Read more...

Tuesday 12 July 2016

Gambar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKPT 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016 telah diadakan dengan meriahnya pada hari Selasa, 12 Julai 2016 bersamaan 7 Syawal 1437H. Terima kasih kepada Tuan Guru Pak Teh Mat kerana sudir hadir ke majlis aidilfitri pada tahun ini, serta beberapa Pegawai PPD Padang Terap.

Tahniah dan Terima Kasih kepada semua Guru dan Staf, PIBG, Guru KAFA, Pekerja Swasta dan semua pihak yang terlibat memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakankan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Padang Terap 2016.








Read more...

Sunday 10 July 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Padang Terap 2016


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK Padang Terap 2016 dijadual pada hari selasa, 12 Julai 2016 bersamaan 7 Syawal 1437H




Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP