CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Tuesday 5 December 2017

Rumusan Penyertaan dan Pencapaian Sukan & Kokurikulum SKPT 2017

Tahun 2017 adalah antara tahun yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan & kokurikulum. Pelbagai program telah berjaya dilaksanakan dan dikelolakan oleh unit Kokurikulum SKPT. Penyertaan Sekolah Kebangsaan Padang Terap di peringkat MSSD Padang Terap juga banyak pencapaian yang memberangsangkan berbanding tahun 2016.

Antara program yang berjaya dilaksanakan dan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKPT sepanjang tahun 2017 adalah :-
1. Mewujudkan Wall Of Champion & Majlis Pelancaran Wall Of Champion oleh Ikon Sukan SKPT Roslinda Samsu (Atlit Lompat Bergalah Kebangsaan) - 2 Mac 2017.
2. Mewujudkan Akademi Bola Sepak SKPT hasil kerjasama dengan JKKK Kg Padang Nyior serta sumbangan KN Kiara Enterprise - 30 Julai 2017
3. Pelancaran Akademi Bola Sepak SKPT oleh YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim (ADUN Kuala Nerang, Exco Kerajaan Negeri Kedah) - 20 Ogos 2017
4. Menganjurkan & mengelolakan Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring, Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap - 27 & 28 September 2017.
5. Menganjurkan & mengelolakan Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2017. Anjura bersama Pejabat Parlimen Padang Terap & Akademi B12 Padang Terap. - 26 November 2017.
6. Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah kali ke-41 2017 pada 23 Februari 2017
7. Majlis Anugerah Kecemerlangan SKPT 2017, dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohd Zohdi bin Haji Saad, Datuk Bandar Alor Setar. Y.Bhg Datuk juga menyumbangkan Wang Tunai RM5,000.00 dan meluluskan sumbangan menyediakan Gelang Serbaguna Terbuka untuk aktiviti sukan sekolah.
8. Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKPT 2017. - 14 - 16 November 2017

Pelancaran Wall Of Champion oleh Roslinda Samsu

Pelancaran Akademi Bola Sepak SKPT oleh YB Dato' Haji Badrol Hisham bin Hashim


Bergambar bersama Y.Bhg Datuk Haji Mohd. Zohdi Haji Saad selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan SKPT 2017.



Pada tahun 2017, Sekolah Kebangsaan Padang Terap banyak penyertaan dalam kejohanan peringkat MSSD Padang Terap dan berjaya memperolehi pencapaian yang agak baik berbanding pencapaian 2016. Antaranya adalah :-
1. Kontijen Olahraga berjaya mengutip 1 pingat Emas & 2 Pingat Perak di Kejohanan Balapan & Padang MSSD Paang Terap 2017 pada 6 - 8 Mac 2017 sertempat di Stadium Darul Aman.
2. Amer Nazif berjaya Muncul JOHAN Tenpin Boling di Kejohanan Tenpin Boling MSSD Padang Terap 2017 Kategori Individu Lelaki, pada 26 April 2017 bertempat di Aman Bowl Aman Central.
3. Pasukan Bola Sepak Tahun 6 muncul JOHAN Pertandingan Bola Sepak Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 27 & 28 September 2017 bertempat di SK Padang Terap.
4. Pasukan Bola Jaring Tahun 6 muncul JOHAN Pertandingan Bola Jaring Karnival Sukan Tahun 6 PPD Padang Terap 2017 pada 27 & 28 September 2017 bertempat di SK Padang Terap.
5. Pasukan Ping Pong (Lelaki) berjaya mendapat Tempat Kedua Berpasukan & Ketiga Individu (L) di Kejohanan Ping Pong MSSD Padang Terap 2017 pada 6 & 7 Februari 2017 bertempat di SMK Pedu.
5. Pasukan Bola Sepak B10 (KN Kiara Junior) telah berjaya mendapat tempat ketiga di Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala YDP PIBG Sultan Ahmad Tajudin 2017 pada 23 September 2017.


 Kontijen Olahraga SKPT 2017 berjaya rangkul 1 Pingat Emas & 2 Pingat Perak.

Amer Nazif Johan Tenpin Boling Individu

 Pasukan Bola Sepak Tahun 6 muncul Johan Bola Sepak Tahun 6 2017

 Pasukan Bola Sepak Tahun 6 muncul Johan Bola Sepak Tahun 6 2017


Pasukan Bola Sepak B10 (KN Kiara Jr) mendapat tempat ketiga Bola Sepak Terbuka Zon Utara.

6 Orang Murid & 2 orang guru pengakap mendapat Anugerah Rambu Pengakap 2017.

Unit Kokurikum SKPT dan Pihak Sekolah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam aktiviti Sukan & Kokurikulum SK Padang Terap 2017. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mengharumkan nama SK Padang Terap. Semoga Berkat Komitmen Semua Guru dan kerjasama PIBG, Para Waris, JKKK Kg Padang Nyior, Jurulatih Akademi Bola Sepak dan semua pihak, diharap SK Padang Terap menjadi lebih cemerlang dalam sukan & kokurikulum dan menjadi sebuah sekolah yang digeruni oleh pihak lawan pada tahun mendatang.

Harapan saya Selaku Penolong Kanan Kokurikulum, semoga SK Padang Terap menjadi sebuah Sekolah yang CEMERLANG dalam Bidang Akademik dan Bidang Sukan di masa akan datang.

SKPT Boleh!!

Read more...

Wednesday 29 November 2017

Dua Pasukan KN Kiara Jr A & B layak ke Suku Akhir di Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017

Pasukan Akademi Bola Sepak SKPT (KN Kiara Jr A & KN Kiara Jr B) berjaya layak ke Suku Akhir di Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.

Tahniah & terima kasih buat Pak Su Norman, Guru Besar, para jurulatih, pemain dan pengurusan pasukan Akademi Bola Sepak SK Padang Terap (KN Kiara Junior A & KN Kiara Junior B) yang berjaya layak ke peringkat suku akhir.

Keputusan :-
KN Kiara Jr 1 - 0 Anak Singa C 
KN Kiara Jr 0 - 1 Kenari Kids KV - A
KN Kiara Jr 5 - 2 Iskandar FC
KN Kiara Jr 2 - 3 Kenari Kids Jitra - B

Pusingan ke-2
KN Kiara Jr -  Tunas Pasir Gebu

Suku Akhir : 
KN Kiara Jr 

Read more...

Kulim Friends Cup U10 2017

Akedemi Bola Sepak SKPT (KN Kiara Jr) telah meneyertai Pertandingan Bola sepak 7 sebelah "Kulim Friends Cup U10 2017"pada 11 November 2017 di Taman Bayam Lunas Kulim. Kejohanan ini disertai oleh 20 pasukan yang dibahagikan kepada 4 kumpulan. KN Kiara Junior berjaya menang 2 perlawanan, 1 seri & 1 kalah di peringkat kumpulan, tetapi gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir kerana kekurangan jaringan setelah berkongsi mata di peringkat kumpulan.

KN Kiara Junior diundi dalam kumpulan D :-
D1 - KENARI KIDS KV - A
D2 - KOTA SETAR FC
D3 - PPSRC - B
D4 - ANAK SINGA FC - B
D5 - KN KIARA Jr

Keputusan Perlawanan :-
KN KIARA Jr 0 - 1 KENARI KIDS KV - A
KN KIARA Jr 1 - 0 PPSRC - B
KN KIARA Jr 2 - 1 ANAK SINGA FC - B
KN KIARA Jr 1 - 1 KOTA SETAR FC

Read more...

Monday 27 November 2017

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017


Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017 Peringkat Kebangsaan berjaya dilaksanakan pada Hari Ahad 26 November 2017 bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Sebanyak 26 buah pasukan dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis menyertai kejohanan sulong bawah 10 tahun ini. Kejohanan ini dikelolakan oleh Akademi Bola Sepak SK Padang Terap, Pejabat Parlimen Padang Terap dan Akedemi B12 Padang Terap.

Pasukan The Fighter dari AT Perlis muncul Johan setelah menundukan pasukan Kenari Kid Langkawi KV melalui penentuan penalti setelah kedua pasukan terikat 0-0 selepas masa permainan tamat. Tahniah dan terima kasih buat semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan 2017 ini.

Tahniah juga buat jurulatih, pemain dan pengurusan pasukan Akademi Bola Sepak SK Padang Terap (KN Kiara Junior A & KN Kiara Junior B) yang berjaya layak ke peringkat suku akhir.

Terima kasih tak terhingga buat semua Jawatankuasa Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2017 yang bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini.

Sekalung penghargaan kepada YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia), yang hadih untuk perasmian penutup dan penyampaian hadiah. Turut hadir YB Dato Hj Badrol Hisham (ADUN K.Nerang merangkap Naib Presiden KFA), Coach Lagenda Kedah Dato' Ahmad Shafiee, Pegawai Daerah Padang Terap, En. Lazit bin Ahmad Ketua Unit Sukan JPN Kedah & En. Abdul Rahman Timbalan PPD Padang Terap serta pegawai-pegawai PPD yang bersama-sama hadir memeriahkan program.

Pihak pengelola sangat menghargai semua pihak yang membantu menyumbang dalam menjayakan kejohanan ini, antaranya Pejabat Parlimen Padang Terap, KN Kiara Enterprise, Atan Barokhas, NBA Explorer Supplier & Caltex Kuala Nerang dan Ganding Jaya Enterprise (Pengusaha Kantin SKPT).






YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia sanggup meredah hujan dan padang yang becak berselut untuk menyaksikan perlawanan Akhir Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.

Ahhamdulillah...Selepas YB Dato' Seri melalui dan melihat sendiri keadaan padang yang becak serta dipenihi takungan air, beliau meluluskan peruntukan RM50,000 bagi membaik pulih padang agar dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Read more...

Saturday 25 November 2017

Undian Kumpulan Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017

Proses Undian Kumpulan Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017 telah diadakan pada 24 November 2017 (Jumaat) jam 4.30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat SK Padang Terap.
KELAYAKAN 'ROUND OF 16'

i) Kumpulan A & B - (5 pasukan.)
Layak automatik - Johan, Naib Johan dan Tempat Ke-3.

ii) Kumpulan  C, D, E & F - (4 pasukan.)
Layak automatik - Johan & Naib Johan.
Dan,
Dua pasukan yang terbaik di Tempat ke-3 dari Kump. C, D, E & F akan mengisi slot "round of 16".

Sekiranya tempat ke-3 terbaik adalah dari kumpulan :-
1. D & E, maka Ketiga D vs Johan C dan Ketiga E vs Johan D.
2. C & F, maka Ketiga C vs Johan D dan Ketiga F vs Johan C.


Read more...

Thursday 23 November 2017

Aturcara dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017



Read more...

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Padang Terap 2017


Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2017 telah diadakan pada 14, 15 & 16 November 2017. Seramai 76 Orang murid terlibat.







Read more...

Wednesday 22 November 2017

Majlis Penganugerahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah 2017

Seramai 6 orang ahli pengakap SK Padang Terap telah dianugerahkan Rambu Pengakap di Majlis Penganugerahan Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah 2017 yang diadakan pada 8 November 2017 bertempat di Dewan Al-Farabhi, BTPN Kedah.

Nama Ahli Pengakap SKPT yang menerima Anugerah Rambu Pengakap :-
1. Muhammad Akmal bin Shukri
2. Muhd Ariff bin Azhar
3. Muhd Afif bin Ramlee
4. Nur Ammar Aiman bin Mohd Zahir
5. Nur Alya Batrisya bt Annuar
6. Nur Insyirah bt Mohd Naser

Guru Terlibat :-
Puan Suzana binti Abdul Hamid
Puan Russtiah bt Abdul Kadir




Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP