CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Friday 28 April 2017

Amer Nazif muncul Johan Boling Tenpin MSSD Padang Terap 2017

Tahniah buat Adik Amer Nazif bin Azizi kerana telah muncul Johan Boling Tenpin bawah 12 Lelaki di Kejohanan Boling Tenpin MSSD Padang Terap 2017. Bagi Kategori Double Lelaki B12 Amer Nazif dan Muhammad Arif mendapat tempat Keempat.  
Kejohanan tahun ini diadakan pada 26 April 2017 (Rabu) bertempat di Aman Central Alor Setar Kedah Darul Aman. Tahniah dan terima kasih buat pengurusan pasukan Boling SKPT 2017 serta pihak  keluarga murid yang turut memberi sokongan.


Read more...

Nur Aina Kharuzaman tempat Ketiga Catur MSSD Padang Terap 2017

Tahniah buat Adik Aina Khairuzaman telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori perempuan bawah 12 tahun di Kejohanan Catur MSSD Padang Terap 2017. Kejohanan peringkat daerah tahun 2017 telah diadakan pada 23 April 2017 (Ahad) bertempat di SMA Daril Iktisam.
Tahniah dan terima kasih kepada Jurulatih Catur En. Hazlin dan pihak pengurusan pasukan catur 2017.

Read more...

Friday 14 April 2017

Skuad Bola Sepak SKPT berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2017


Skuad Bola Sepak SKPT berjaya melangkah ke peringkat suku akhir setelah muncul naib johan kumpulan D di Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2017. Skuad Bola Sepak SKPT bakal bertemu SK Tunku Abdul Rahman Putra di peringkat suku akhir pada 16 April 2017 (ahad).

Tahniah buat semua pemain yang menunjukan semangat perjuangan yang tinggi untuk menempatkan diri sebagai 8 pasukan terbaik daerah bagi tahun 2017. Tahniah dan terima kasih juga buat barisan jurulatih dan semua guru terlibat. Semoga Skuad SKPT berjaya mara ke peringkat seterusnya dan semoga berjaya untuk muncul johan buat julung kalinya... InsyaAllah


Peringkat Suku Akhir Bola Sepak B12 MSSD Padang Terap 2017

Keputusan Kumpulan A, B & C



Read more...

Saturday 8 April 2017

Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) KPM Peringkat Daerah Padang Terap 2017

Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) KPM Peringkat Daerah Padang Terap 2017 telah diadakan pada 8 April 2017 bertempat di SK Panglima Awang.

Akmal Haikal telah berjaya merangkul tempat kedua bagi Tilawah Al-Quran Lelaki & Nur Anisa bt Ahmad Sanusi berjaya mendapat tempat ketiga Tilawah Al-Quran Perempuan. Tahniah buat semua murid & guru yang terlibat dalam Majlis Tilawah Al-Quran (MTQSS) Peringkat Daerah Padang Terap 2017.



Read more...

Sunday 2 April 2017

Kertas Cadangan Majlis Anugerah Sukan Dan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Padang Terap Tahun 2017


KERTAS CADANGAN
MAJLIS ANUGERAH SUKAN DAN KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP  TAHUN 2017

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan perlantikan Jawatankuasa Pelaksana dan memohon kelulusan menggunakan peruntukan bagi menjayakan Majlis Anugerah Sukan dan Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap Tahun 2017.

2.0 PENGENALAN
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap merupakan satu majlis penganugerahan kepada murid -murid yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam aktiviti Sukan dan Kokurikulum. Penganugerahan ini juga untuk para guru-guru yang terlibat dalam pengurusan Sukan & Kokurikulum, dan memberi pengiktirafan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu pembangunan Sukan dan kokurikulum SK Padang Terap. Majlis seumpama ini amat perlu diadakan pada setiap tahun bagi mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan serta sumbangan semua pihak di dalam memartabatkan bidang sukan dan kokurikulum SKPT. 

3.0 MATLAMAT
Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid sekolah dan pemimpin kokurikulum yang aktif dan cemerlang dalam bidang Sukan dan Kokurikulum di peringkat daerah,  negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pengiktirafan dan penghargaan ini sekaligus dapat membina keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi pengiktirafan kepada murid-murid, sekolah dan pemimpin Sukan dan Kokurikulum yang cemerlang di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 
4.2 Menggalakkan penyertaan murid-murid dan guru-guru serta semua pihak dalam kegiatan Sukan dan Kokurikulum sehingga ke peringkat yang tinggi.
4.3 Mewujudkan penyelarasan dan penyeragaman penganugerahan Sukan dan Kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 
4.4 Menyemarakkan daya saing yang sihat dalam kalangan murid-murid, guru-guru di sekolah dalam menempatkan diri dalam pasukan elit sekolah.


5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
5.1 Menubuhkan Jawatankuasa Program Pembangunan Sukan Sekolah dengan keahlian terdiri daripada guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Pihak JKKK Kampung dan Masyarakat Setempat. 

5.2 Membentuk jawatankuasa pelaksana Majlis Anugerah Sukan dan Kokurikulum untuk melancarkan pelaksanaan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Padang Terap.

5.3 Mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Pihak JKKK Kampung, agensi-agensi swasta daripada segi nasihat, kewangan dan kemudahan dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum.


6.0 KONSEP MAJLIS ANUGERAH SUKAN DAN KOKURIKULUM
6.1 Anugerah ini diberi kepada murid-murid, pasukan di sekolah dan pihak pengurusan iaitu guru-guru  yang telah disahkan dan terbukti memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam bidang Sukan dan kokurikulum dalam kategori tertentu dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Peringkat Sekolah.

6.2 Bidang sukan dan kokurikulum ini bermaksud sebarang kegiatan badan beruniform, kegiatan kelab & persatuan, Sukan Permainan, 1Murid 1Sukan, kegiatan sukan dan kegiatan koakademik 

6.3 Anugerah guru/pemimpin khusus (individu bukan murid) yang disahkan cemerlang dan telah menunjukkan perkhidmatan yang lama dalam bidang pengurusan dan kepimpinan kokurikulum.

6.4 Konsep majlis adalah berkonsep majlis santai sambil menikmati makan malam. Semua guru, murid terlibat dan jemputan akan duduk di meja bulat Dewan Perdana SKPT.


7.0 KATEGORI ANUGERAH 
Guru dan murid yang terbaik layak dicalonkan sebagai lima senarai calon akhir dalam setiap kategori anugerah. Senarai anugerah adalah seperi berikut :-

1 Atlit Terbaik (Murid Lelaki)
2 Atlit Terbaik (Murid Perempuan)
3 Atlit Harapan Terbaik (Murid Lelaki)
4 Atlit Harapan Terbaik (Murid Perempuan)
5 Murid Terbaik Ko-Akademik (Murid Lelaki)
6 Murid Terbaik Ko-Akademik (Murid Perempuan)
7 Murid Terbaik Kokurikulum (Murid Lelaki)
8 Murid Terbaik Kokurikulum (Murid Perempuan)
9 Tokoh Murid Kokurikulum (Murid Lelaki)
10 Tokoh Murid Kokurikulum (Murid Perempuan)
11 Pasukan Terbaik (Murid Lelaki)
12 Pasukan Terbaik (Murid Perempuan)
13 Pengurus Pasukan Terbaik (Guru Lelaki)
14 Pengurus Pasukan Terbaik (Guru Perempuan)
15 Jurulatih Terbaik (Guru Lelaki)
16 Jurulatih Terbaik (Guru Perempuan)
17 Tokoh Guru Kokurikulum (Guru Lelaki)
18 Tokoh Guru Kokurikulum (Guru Perempuan)
19 Unit Beruniform Terbaik (Guru Pemimpin)
20 Kelab Persatuan Terbaik (Guru Kelab Persatuan)
21 Sukan Permainan Terbaik (Guru Sukan permainan)
22 Pengisian PAJSK Terbaik (Guru Kelas Tahap 2) Pertama – Ketiga
23 Anugerah Khas (Sumbangan / Jawatan Khas)
24 Amugerah Penderma Budiman (Para Penyumbang)


8.0 KRITERIA DAN SYARAT PEMILIHAN
a. Untuk Kategori Murid dan Guru, Semua calon mestilah terdiri daripada warga Sekolah Kebangsaan Padang Terap.

b. Pemilihan akan berdasarkan pencapaian tertinggi dan penyertaan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa untuk tahun semasa anugerah sahaja. 

c. Bagi Anugerah Cemerlang bidang Kokurikulum, calon mestilah berdasarkan pengurusan bidang kokurikulum yang baik, kehadiran dan penyertaan kokurikulum di peringkat sekolah, penyertaan yang aktif dan mempunyai pencapaian murid di peringkat daerah daerah, negeri, kebangsaan atau sehingga ke peringkat antarabangsa.

d. Bagi Anugerah Badan Beruniform Terbaik, Kelab persatuan Terbaik dan Sukan Permainan Terbaik, mestilah berdasarkan pengurusan dan perlaksanaan badan beruniform / kelab persatuan / sukan permainan sepanjang aktiviti kokurikulum 2017. Kecemerlangan dari aspek Buku Laporan Kokurikulum, aspek kehadiran penyertaan guru sewaktu aktiviti kokurikulum setiap minggu. Penyertaan dan pencapaian di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, juga diambil kira sebagai markah bonus bagi setiap badan beruniform / kelab persatuan / sukan permainan.

e. Bagi Anugerah Cemerlang Pengurusan Sukan di kalangan guru-guru, calon hendaklah cemerlang memimpin dan mengurus pasukan dengan cemerlang. Penilaian juga mengambil kira pencapaian tertinggi pasukan guru tersebut di dalam semua peringkat. 

f. Bagi Anugerah Khas Juri, calon dipilih khas berdasarkan sumbangan yang sewajarnya dan tugas khas terhadap perkembangan dan kemajuan sukan dan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Padang Terap.

g. Bagi Anugerah Tokoh Kokurikulum, calon sebaik-baiknya mempunyai pencapaian yang paling tinggi atau pencapaian yang menyeluruh dalam semua bidang-bidang yang lain (Sukan, Koakademik & Kokurikulum).

h. Kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan bilangan pencapaian tertinggi  iaitu peringkat kebangsaan dan seterusnya peringkat negeri dan daerah.

i. Keputusan panel pemilihan adalah mutamad.

9.0  CADANGAN TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh : 17 November 2017
Masa   : 9.00 malam
Tempat : dewan Perdana SKPT



Read more...

Adik Mohd Hisyam merangkul pingat gangsa di Kejohanan Balapan dan Padang PPKI Peringkat Daerah Padang Terap 2017

Adik Mohd Hisyam bin Hamzah berjaya merangkul pingat gangsa di Kejohanan Balapan dan Padang Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Peringkat Daerah Padang Terap 2017. Adik hisham berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Lontar Peluru Kategori Lelaki (Sindrom Down).





Read more...

Saturday 1 April 2017

Wall Of Champion SKPT

Perlantikan Roslinda Samsu sebagai Ikon Sukan SK Padang Terap

Perasmian "WALL OF CHAMPION" SK Padang Terap oleh Roslinda Samsu pada 2 Mac 2017.


WALL OF CHAMPION

"Wall Of Champion" diwujudkan hasil cetusan Idea Cikgu Mohamed Faisal (GPK Koku) dalam memartabat sukan SKPT serta menghargai pencapain murid-murid SKPT dalam bidang sukan dan kokurikulum. "Wall of Champion" ini akan dipenuhi oleh gambar-gambar atlit SKPT yang berjaya muncul sebagai JUARA sekurang-kurangnya peringkat MSSD Padang Terap.

Semoga kewujudan "Wall of Champion" ini, ianya dapat memberi suntikan semangat kepada semua murid SK Padang Terap untuk berusaha lebih gigih bagi menempatkan diri sebagai Atlit Sekolah dan seterusnya untuk menjadi seorang JUARA di peringkat Daerah dan peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.



Atlit SKPT pertama yang menempatkan diri pada "Wall Of Champion" selepas pelancaran Wall Of Champion tersebut.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP