CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

Sunday 20 August 2017

Majlis Pelancaran Akademi Bola Sepak SKPT 2017

Majlis Pelancaran Akademi Bola Sepak SKPT telah dilaksanakan pada hari ahad 20 Ogos 2017. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh YB Dato' Haji Badrul Hisham bin Hashim, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Kuala Nerang. Terima Kasih buat YB Dato' Badrul Hisham atas kesudian menyumbangkan sebanyak RM2000 untuk program pembangunan Akademi Bola Sepak SKPT 2017.
Terima kasih kepada pihak JKKK Kg Padang Nyior dan KN Kiara Enterprise atas kerjasama dan sumbangan dalam terwujudnya Akademi Bola Sepak SKPT ini. Terima Kasih juga buat seluruh Warga SKPT yang sentiasa berusaha memberi komitmen dalam membantu memartabatkan kecemerlangan Sukan SKPT.



YB Bad menyempurnakan Gimik Pelancaran Akademi Bola Sepak SKPT 2017

Penyerahan Set Jersi Bola Sepak kepada Pihak Sekolah oleh YB Bad

Penyerahan Tshirt Latihan kepada waris pemain akademi yang terpilih.



Read more...

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 Peringkat Daerah Padang Terap 2017.

Pasukan Bola Sepak SKPT berjaya melayakan diri ke Peringkat Suku Akhir Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 11 Peringkat Daerah Padang Terap 2017.




Read more...

Jambori Pengakap Negeri Kedah kali ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa 2017


Seramai 2 orang Guru Pemimpin dan 5 orang murid SKPT terlibat dalam Jambori Pengakap Negeri Kedah kali ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa 2017. Jambori tahun ini diadakan pada 9 - 12 Ogos 2017 bertempat di Kolej Pertanian Malaysia, kampus Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah. 

Read more...

Pasukan Prasekolah SKPT muncul tempat ke-3 Kejohanan Fun Ball Prasekolah Daerah Padang Terap 2017

Tahniah buat Pasukan Prasekolah SKPT muncul tempat ke-3 Kejohanan Fun Ball Prasekolah Daerah Padang Terap 2017. Kejohanan tahun ini diadakan pada 7 & 8 Ogos 2017 bertempat di Dewan Futsal Felda Lubuk Merbau. Tahniah dan terima kasih buat Coach Hebat Kak Pah dan Team Prasekolah SKPT.

Read more...

Tuesday 1 August 2017

Penubuhan Akademi Bola Sepak SKPT

Syukur Alhamdulillah, hasil perbincangan dengan Pak Su Norman JKKK Kampung Padang Nyior dengan Pihak SK Padang Terap pada 30 Julai 2017 lalu, kedua pihak bersetuju untuk menubuhkan Akademi Bola Sepak SKPT. 

Program Latihan Akademi Bola Sepak Bawah SKPT ini bermula pada Bulan Ogos 2017. Sesi latihan akan diadakan pada setiap minggu pada hari Jumaat & Sabtu. Masa latihan adalah pada pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Sasaran adalah seramai 25 orang murid terpilih dari murid tahun 2 - tahun 5 2017 SKPT. Pihak JKKK akan menyediakan barisan jurulatih dan menyediakan segala keperluan Akademi Bola Sepak SKPT ini, manakala pihak sekolah menyediakan tempat dan pemilihan pemain berbakat.

Pihak JKKK Kg. Padang Nyior telah bersetuju untuk memberikan peruntukan permulaan sebanyak RM5000 bagi aktiviti dan pengurusan akademi bagi sesi 2017 ini.

Objektif utama Akademi Bola Sepak ini adalah untuk melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan bagi mewakili Sekolah Kebangsaan padang Terap dan seterusnya keperingkat yang lebih seterusnya menjadikan Sekolah Kebangsaan Padang Terap sebuah sekolah yang terbaik dalam Daerah Padang Terap yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti. 

Sehubungan itu Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Terap dan JKKK Kampung Padang Nyior berkerjasama mencari inisiatif bagi mewujudkan Akademi Bola Sepak SKPT. Diharap semua pihak dapat bersama-sama menjayakan program ini agar program ini dapat dilaksanakan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.



Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan JKKK Kg Padang Nyior khususnya kepada Pak Su Norman dalam usaha mewujudkan Akademi Bola Sepak SKPT ini.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP