CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM 2019

AKADEMI BOLA SEPAK SKPT

Akademi Bola Sepak SKPT diwujudkan hasil perbincangan dengan Pak Su Norman JKKK Kampung Padang Nyior dengan Pihak SK Padang Terap pada 30 Julai 2017 lalu, kedua pihak bersetuju untuk menubuhkan Akademi Bola Sepak SKPT. 

Program Latihan Akademi Bola Sepak Bawah SKPT ini bermula pada Bulan Ogos 2017. Sesi latihan akan diadakan pada setiap minggu pada hari Jumaat & Sabtu. Masa latihan adalah pada pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Pihak JKKK akan menyediakan barisan jurulatih dan menyediakan segala keperluan Akademi Bola Sepak SKPT ini, manakala pihak sekolah menyediakan tempat dan pemilihan pemain berbakat.

Syarikat KN KIARA juga bersetuju untuk memberikan peruntukan permulaan sebanyak RM5000 bagi aktiviti dan pengurusan akademi bagi sesi 2017.

Objektif utama Akademi Bola Sepak ini adalah untuk melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan bagi mewakili Sekolah Kebangsaan padang Terap dan seterusnya keperingkat yang lebih seterusnya menjadikan Sekolah Kebangsaan Padang Terap sebuah sekolah yang terbaik dalam Daerah Padang Terap yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti. 
 
Majlis Pelancaran Akademi Bola Sepak SKPT telah dilaksanakan pada hari ahad 20 Ogos 2017. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh YB Dato' Haji Badrul Hisham bin Hashim, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Kuala Nerang. Terima Kasih buat YB Dato' Badrul Hisham atas kesudian menjanjikan peruntukan sumbangan sebanyak RM2000 untuk program pembangunan Akademi Bola Sepak SKPT 2017.

Gambar-gambar Sesi Latihan Akademi Bola Sepak yang dijalankan setiap petang Jumaat & Sabtu.

MUAT TURUN :-

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP